Beri ingatan supaya hormat ibu kandung, wanita bengang tegur mertua jangan lebih sayangkan cucu

MELAHIRKAN zuriat ke dunia ini merupakan satu anugerah yang terindah buat seorang wanita. Walaupun perjalanan yang menanti selepas itu penuh liku, naluri seorang ibu pasti lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anak yang dikandungnya. Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita memberikan teguran pedas mengenai peranannya sebagai seorang ibu dengan harapan dapat menghindari campur tangan pihak luar.

Menurut wanita itu, dia kurang gemar untuk menerima teguran dan nasihat berkaitan bayinya tanpa diminta. “Aku secara peribadi memang tak suka kalau ada orang terpaling sayang dan jaga anak aku sampai membelakangkan aku sebagai mak. Budak tu duduk dalam rahim aku selama 9 bulan tau, dia adalah anak aku. Sedar diri tu sikit. Kau jangan nak melebih-lebih, kalau nak cakap banyak, pergi guna rahim tu untuk bersalin sendiri,” ujarnya berang.

Ketidakpuasan hati wanita tersebut dipercayai ditujukan kepada keluarga mentuanya. “Insiden ni berkaitan mak mentua aku yang terpaling tahu semua benda, aku dah pesan daripada awal dekat suami… budak ni aku yang lahirkan tau. Memang aku geram, dia (mak mentua) nak bergdh dengan aku tapi pada waktu sama sayang anak aku… eh tak tahu malu ke?

Kalau nak terpaling sayang pun anak aku tu, tunggu la aku mti dulu, ini maknya masih bernyawa. Kuncinya di sini berpada-pada, jangan nak melampau sangat berbanding ibu bapa budak tu. Ini dibuatnya macam kita tak sayang anak pula,” kata wanita itu mengakhiri kata. Melewati ke ruangan komen, warga maya dilihat turut berkongsi pengalaman masing-masing dalam situasi yang hampir serupa.

“Saya pernah juga terkena, masa tu baru awal berpantang, badan kurang bermaya, tiba-tiba dengar suami video call dengan keluarga dia. Banyak betul pesanan yang mereka bagi untuk anak, saya hanya mampu tahan telinga. Itu anak saya, saya tahu apa yang saya nak buat. Tak perlu nak terpaling mendidik. Simpan je pengalaman awak tu dekat diri sendiri, biar saya besarkan anak dengan cara saya. “Ada sekali ni badan anak naik bintik merah sebab kena gigit nyamuk, kemudian mak mentua datang tengok anak, dia cakap begini… Ya Allah, kesiannya cucu aku. Sambil tu dia pandang saya macam saya gagal jaga anak,” kata pelayar.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version