Tak pernah anggap kesusahan tu satu bebanan, Che Ta imbau kembali kenangan pahit manis dengan adik beradik

Pelakon dan usahawan sensasi, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mengimbau kembali zaman susah senang bersama adik-beradiknya. Menerusi sebuah video di TikTok miliknya, Che Ta bercerita ketika masih kecil dia selalu berkongsi makanan bersama adik-beradiknya dan tidak pernah menganggap kesusahan itu satu bebanan. “Memori zaman kecil-kecil dulu macam ni lah. Apa yang kita makan, kita kongsi dengan adik-beradik. Zaman kami dulu bukan senang pun, susah… sangat susah!

“Tapi kami tak rasa pun perit susah tu, rasa bahagia saja. Mungkin sebab kami adik-beradik tujuh orang, sanggup kongsi apa sahaja sampai lupa kesusahan itu dan terbawa-bawa sampai ke tua. Alhamdulillah,” tulisnya di kapsyen. Sebelum ini, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini hangat menjadi sebutan ramai selepas dia menerima notis isytihar bankrap yang disyaki dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam akibat gagal menjelaskan cukai LHDN.

Bagaimanapun, Che Ta menjelaskan dia tidak pernah terlepas daripada membuat pembayaran cukai melalui ejen dilantik. Selain isu tersebut, Che Ta turut dikaitkan dengan isu berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjumlah RM1 juta selepas kediamannya diserbu, baru-baru ini.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version