Satu azam 2025 dah tercapai, Cik B luah rasa gembira akhirnya dapat kawan sekufu

Advertisements
Advertisements

Anak kepada usahawan sensasi Datin Seri Vida, Cik B akhirnya dapat kawan sekufu disamping meluahkan rasa gembira kerana salah satu azam tahun barunya tercapai. Menerusi satu hantaran di TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamillen Muhammad Aiman berkongsi sedang keluar makan bersama tiga rakan baharunya iaitu penyanyi dan pelakon, Alyssa Dezek dan Ara Aziz dan anak kepada usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra. Klik sini untuk lihat video.

“Saya ada kawan sekufu dah sekarang. Kita ada Qadejah, anak Datuk Aliff Syukri, Alyssa Dezek dan kita ada Ara Aziz, ‘No Gadget, No Problem’. Jadi 2025, azam saya nak dapat kawan sekufu dan tercapai. Tapi sayangnya semua macam keanak-anakan,” katanya sambil berseloroh. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut berseloroh dan berkata Cik B dan rakan-rakan baharunya itu terlalu kaya untuk orang biasa.

Menerusi tinjauan, rupanya keempat-empat remaja ini telah meluangkan masa bersama dan bercuti di Cappadocia, Turki dan video yang dimuat naik Cik B diambil semasa menunggu penerbangan pulang ke Malaysia. Sementara itu, Ara Aziz turut berkongsi beberapa video memaparkan mereka sedang bersiar-siar di Cappadocia.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version