Kecoh diperkatakan rumah Farid Kamil bakal dilelong, sekali ini pula respon dari David Teo

Sejak dari semalam, kecoh diperkatakan mengenai rumah teres dua tingkat yang terletak di Bandar Saujana Putra (BSP), Jenjarom yang didakwa milik aktor terkenal, Farid Kamil bakal dilelong pada 22 Januari ini. Isu ini tular berdasarkan satu iklan lelongan harta di akhbar yang mana nama Farid Kamil Zahari tertera pada ruangan pemegang hak dipercayai milik suami kepada aktres Diana Danielle. Menurut laporan, kediaman berkeluasan 1,760 kaki persegi itu bakal dilelong dengan harga permulaan RM522,000.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG), David Teo yang juga individu bertanggungjawab menghadiahkan kediaman kepada Farid terkilan jika berita lelongan itu adalah benar. Menurutnya, dia baru sahaja tahu mengenai berita tersebut selepas dihubungi media. “Kalau Farid ada masalah, sepatutnya dia beritahu saya. Mungkin saya boleh beli rumah ini daripadanya. Rugilah rumah ini terpaksa dilelong kerana nilainya sudah dua kali ganda berbanding ketika dibeli kira-kira 10 tahun lalu.

Saya sanggup beli daripada Farid dan berikan jumlah yang dimahukan. Kemudian mungkin saya boleh jual semula rumah ini. Tetapi, sekarang sudah tak boleh buat apa-apa sebab rumah bakal dilelong,” katanya. Tambah David, difahamkan Farid tidak tinggal di rumah berkenaan sebaliknya menyewakan kepada bekas pekerja.

Katanya, dia membayar wang pendahuluan untuk kira-kira 30 kakitangan sebagai hadiah berikutan kecemerlangan kutipan filem terbitan MIG pada ketika itu. “Kami memang tidak pernah bercerita soal peribadi. Sebab itulah saya tak tahu Farid ada masalah kewangan. Kami berhubung pun hanya berkaitan kerja, dia hubungi saya minta diberikan watak hero dan saya tawar berlakon dalam filem Bisikan Dosa.

Selain itu, saya memang tidak ambil tahu mengenai soal kehidupan peribadinya,” katanya lagi. Apa-apapun kita doakan semoga urusan pelakon ini dipermudahkan dalam apa jua masalah yang dihadapinya. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version