Fazura tanya masa tengah live, terkejut bila tiba tiba Fatima cakap dah tak sayang daddy

Advertisements
Advertisements

Anak kepada selebriti Fazura iaitu Nur Fatima Aisyah menjadi bualan ramai selepas berkata tak sayang daddy, iaitu aktor Fattah Amin namun tidak menjelaskan mengapa dia berkata demikian. Menerusi satu hantaran di TikTok, syuhadaalis telah memuat naik satu tangkap layar memaparkan Fazura sedang bersiaran langsung di platform sama dan disertai Fatima. Pada video tersebut, Fazura telah membaca salah satu komen penonton siaran langsungnya yang bertanya mengapa Fatima menangis sebelum ini. Klik sini untuk lihat video.

Fatima kemudian menjawab dia tidak mahu lagi bertemu dengan Fattah dan lebih memilukan, anak kecil itu turut berkata tidak lagi menyayangi bapanya. “Saya tak nak daddy, saya dah tak sayang daddy lagi,” katanya sambil menggelengkan kepala. Fazura kemudian bertanya mengapa anaknya berasa demikian diikuti pernyataan bahawa Fatima sentiasa menyayangi Fattah namun hanya disambut dengan gelenggan dari anak kecil itu dan perkataan ‘tidak’.

Aktres berusia 42 tahun itu menegur Fatima dan berkata dia tidak boleh berkata seperti itu sebelum menyambung kembali siaran langsungnya. “Fatima tak boleh cakap macam tu,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang kurang bersetuju dengan tindakan Fazura yang seakan-akan sengaja bertanya hal itu ketika sedang melakukan siaran langsung.

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang masih menyokong aktres tersebut dan berkata itu jawapan dari Fatima dan bukannya ajaran Fazura.

Sekadar info, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin melafazkan cerai talak satu terhadap Fazura pada 6 Oktober 2024 selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh aktres itu. Dalam pada itu, Fattah bersetuju memberikan hak penjagaan Fatima kepada Fazura dan dia diberikan hak sebanyak dua kali dalam sebulan untuk bermalam dan tiga kali  seminggu bagi lawatan harian.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version