Jangan suka menilai orang lain, ibu Ameera Khan nasihatkan orang ramai agar sentiasa lihat sisi baik dalam setiap perkara

Advertisements
Advertisements

Ibu kepada pempengaruh Ameera Khan atau LMK iaitu Datin Noor Kartini, menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam menilai orang lain dan sentiasa melihat sisi baik dalam setiap perkara. Menerusi perkongsian video di TikTok, Noor Kartini menegaskan sikap suka menilai orang lain tidak akan mendatangkan kebaikan, malah boleh membawa akibat buruk kepada diri sendiri.

Oleh itu, dia sempat berpesan kepada orang ramai untuk menjaga hati daripada sifat-sifat negatif seperti iri hati, dengki, atau perasaan tidak baik terhadap orang lain. “Lagi satu, sebenarnya ada orang yang sengaja bertanya soalan tertentu hanya untuk menyindir kita. Sebab itulah, jangan ada penyakit hati, jangan ada busuk hati. Dalam kehidupan ini, Allah boleh mengubah keadaan kita dalam sekelip mata; yang baik boleh menjadi jahat, dan yang jahat boleh menjadi baik,” katanya menerusi video di TikTok.

Tambahnya lagi, pengalaman hidup selama ini telah memberikan banyak pengajaran, khususnya mengenai sikap manusia yang suka menjatuhkan hukum terhadap sesama. Baginya, hanya Allah S.W.T sahaja yang layak menilai setiap hamba-Nya malah dia juga menasihati agar sentiasa berfikiran positif dalam menjalani kehidupan. “Saya sudah hidup 58 tahun, dan saya telah melihat pelbagai pengalaman hidup.

Sebab itulah orang kata, jangan menilai orang lain kerana hanya Allah sahaja yang boleh menghukum manusia. Kita tak mahu ada prasangka buruk kerana itu hanya merosakkan hati. Sebaliknya, kita perlu selalu memikirkan perkara yang positif. Kalau kita sentiasa berfikiran positif, hidup kita akan menjadi lebih tenang dan gembira,” jelasnya.

Sekadar info, Datin Noor Kartini berkata demikian disebabkan ramai netizen menyuruhnya untuk menasihati anaknya, Ameera Khan memandangkan kelihatan sangat mesra dengan pelakon Indonesia iaitu Jefri Nichol. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version