Patuh dengan pesanan isteri, Imran Aqil luah rasa syukur sebab dapat miliki Dahlia Rizal

Pelakon dan pengacara, Imran Aqil memegang pesanan isteri tercinta dalam menjawab sebarang isu sensitif dalam rumah tangga. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama lengkap Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin akui kes-kes rumah tangga yang terjadi sedikit sebanyak memberi bebanan kepadanya. Menurut Imran, Dahlia sering mengingatkan untuk tidak tersilap langkah. “Saya rasa agak terbeban sebab sekarang ini isu rumahtangga banyak sangat. Isteri saya pun ingatkan untuk jawab soalan berhati-hati.” Klik sini untuk lihat video.

Berkongsi lebih lanjut, Imran bersyukur dengan rezeki yang semakin melimpah selepas mendirikan rumah tangga. Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun itu turut meluahkan keterujaannya dapat mengahwini Dahlia. “Saya bersyukur dapat berkahwin dengan wanita idaman saya. Daripada umur saya 17 ke 18 tahun. Tapi masa itu saya rasa sangat kerdil untuk mendekati Dahlia.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version