TIADA wanita di dunia ini yang boleh tenang jika melihat suami mereka diganggu orang ketiga apatah lagi di depan mata sendiri! Namun itu yang pernah berlaku kepada pelakon Julia Farhana apabila suaminya iaitu Dr Mohammad Che Hafiz Che Ibrahim cuba digoda perempuan lain. Tidak selesa dengan apa dilihatnya, Julia atau Julia Farhana Marin, 31, berkata, wanita terbabit juga tidak mengendahkan keberadaan dirinya.
“Saya pernah berada dalam situasi di mana seorang wanita datang kepada suami saya, berbual dengannya dan langsung mengabaikan kewujudan saya di sebelah dia. Girl, saya tidak berminat untuk berbual dengan awak, dan jelas suami saya pun jawab sepatah-sepatah, like common sense? Kami tidak selesa, tinggalkan kami, biarkan suami saya sendirian. Dia jelas tidak mahu bercakap dengan anda,” katanya.
Julia berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada malam Khamis. Dalam pada itu, kata Julia dia bersyukur suaminya tidak pernah mencari masalah kerana sentiasa menjaga batas hubungan dengan wanita lain. “Suami saya tidak pernah jadi masalah kerana dia memang jaga sempadan. Alhamdullilah saya tak pernah nak risau,” ujarnya.
Untuk rekod, Julia dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022. Sebelum ini, Che Hafiz pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 namun berpisah pada 17 Jun 2020. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia 7 tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.