Usahawan kontroversi, Datin Vivy Yusof menerima kritikan sekali lagi selepas meluahkan hasrat dan niat murninya untuk membina sebuah aplikasi sedekah yang dipercayai akan memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan mereka kepada yang memerlukan. Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story (IGs), Vivy atau nama lengkapnya Vivy Sofinas Yusof memberi peringatan kepada pengikutnya untuk bersedekah, sekali gus mencari individu yang mahu membantunya merealisasikan impiannya itu.
“Jangan lupa untuk sedekah di hari Jumaat. Saya bercadang untuk membuat satu aplikasi antara masyarakat dan badan kebajikan atau orang yang memerlukan. Ada yang nak bantu saya membinanya? atau ada sesiapa yang mahir dalam bidang ini?,” tulisnya. Bagaimanapun, meninjau ke ruangan media sosial tindakan Vivy itu mendapat tentangan segelintir pihak yang mula membuat pertikaian.
Ada segelintir daripada mereka yang mendakwa Vivy mempunyai ‘niat’ lain susulan namanya dan suami, Datuk Fadza Anuar terpalit dakwaan membabitkan isu pecah amanah, baru-baru ini. Pada 5 Disember lalu, Vivy dan Fazda itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta.
Kesalahan tersebut didakwa telah dilakukan pada 21 Ogos 2018 dengan dana berkenaan dikatakan dipindahkan secara tidak sah daripada akaun syarikat Fashion Valet ke syarikat lain tanpa kelulusan lembaga pengarah. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.