4 tahun bahagia melayari alam perkahwinan, Neelofa tampil kongsikan doa dapat jadoh

EMPAT tahun bahagia melayari alam perkahwinan, usahawan dan pelakon Neelofa berkongsi doa ringkas yang diamalkan untuk bertemu jodoh. Sebelum berkahwin dengan Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail pada Mac 2021, Neelofa berkata dia sering berdoa berharap ditemukan dengan lelaki yang memenuhi ciri-ciri pilihannya. Namun aktres berkenaan menukar doa yang lebih ringkas tetapi mempunyai pengertian meluas.

“Kalau macam saya dulu, kalau minta jodoh tu nak yang macam ini macam itu (ciri-ciri), tapi akhirnya saya berjumpa dengan Harris. Saya doa macam ini sahaja… ‘Ya Allah berilah aku jodoh yang terbaik disisiMu untuk aku’. Ringkas, padat tapi konsisten,” katanya. Neelofa berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dikongsi seorang pengguna media sosial di aplikasi TikTok.

Dalam rakaman itu, seorang wanita meminta tip dan pandangan daripada pasangan ini mengenai doa yang boleh diamalkan untuk mendapatkan jodoh. Haris yang mendengar soalan itu hanya tersenyum dan meminta isterinya untuk berkongsi doa yang diamalkan. Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas yang kini dua tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version