SELEPAS hampir lima tahun kehilangan suami, Nor Hidayah masih tidak lupa menitipkan ucapan hari lahir buat arwah Abam yang diraikan pada 19 Januari lalu. Hidayah atau Nor Hidayah Mohd Ali, 33, berkata rasa cintanya terhadap Abam masih utuh meskipun mereka kini di dua dunia berbeza. “Selamat hari lahir suamiku tersayang, genap umurmu 37 tahun. Walaupun kita terpisah jauh antara dua dunia, rasa cinta sayang pada abang masih seperti dulu,” katanya.
Hidayah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran dimuat naik dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Hidayah memberitahu kasih sayang terjalin antara dia dan suami dikuatkan lagi dengan kehadiran cahaya mata iaitu Syed Uthman Hamzah.
“Pengikat cinta kita anak kita, Syed Uthman Hamzah (anak) al-Fatihah suamiku, Syed Umar Mokhtar (suami),” ujarnya. Untuk rekod, Hidayah dan Abam atau nama sebenar Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan pada 2017. Abam pergi menghadap illahi pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun. Sumber: Mstar.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.