PELAKON Nora Danish sedang giat membayar ‘hutang’ solat fardu yang pernah ditinggalkan secara sengaja atau pun tidak sebelum ini. Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 43, berkata, dia juga pernah menangis kerana berasa terlalu letih melakukan qada solat yang banyak perlu diganti. “Rasanya saya banyak tinggalkan solat sejak akil baligh. Jadi apa saya lakukan adalah setiap kali saya solat fardu, saya akan tambah dengan solat qada.
“Contohnya, Zohor empat rakaat kemudian selepas selesai saya tambah lagi empat rakaat solat qada. Pada awal saya buat solat qada itu saya menangis sebab rasa penat sangat! Saya hanya mampu mengadu kepada Allah. Tapi lama kelamaan jadi ketagih nak langsaikan semua hutang solat yang pernah ditinggalkan sebelum ini,” katanya. Berkongsi perasaan selepas tidak lagi meninggalkan solat fardu, Nora mengakui hidupnya lebih tenang dan reda menghadapi ujian dari Allah SWT.
Nora berazam akan terus melakukan solat qada sehingga ke akhir hayatnya kerana tidak mengetahui berapa banyak solat pernah ditinggalkan. “Kalau dulu mungkin setiap kali diuji kita akan lebih beremosi tetapi sekarang saya serahkan semuanya kepada Allah. Insya-Allah saya akan lakukan qada solat sehingga ke akhir hayat saya. Selamanya,” ujarnya. Pada Julai tahun lalu, Nora memberitahu salah satu faktor mendorong dia berhijrah adalah kerana sering menghadiri majlis ilmu agama. Kata Nora, dia sendiri merasa malu sekiranya masih tidak menutup aurat memandangkan usianya sudah mencecah 40-an.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.