Rasa tertekan bila ada yang gelarkan ustazah, Nora Danish hadir ke kelas agama untuk kekal istiqamah

Advertisements
Advertisements

ADA mula memanggil pelakon Nora Danish dengan gelaran ‘ustazah’ selepas enam bulan dia melakukan penghijrahan ke arah lebih baik. Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 43, bagaimanapun bimbang dengan harapan diletakkan terhadapnya kerana dia juga manusia biasa yang melakukan kesilapan. “Saya tertekan sangat sampai satu ketika bukan peminat sahaja tetapi rakan-rakan pun memanggil saya sebagai ustazah.

“Saya tidak tersinggung, cuma saya masih manusia biasa dan akan melakukan kesilapan. Saya bukannya mulia,” katanya. Mengakui bukan mudah kekal istiqamah, pelakon drama Tentang Dhia ini ikhtiar dengan menghadiri majlis ilmu agama bagi memantapkan keimanan dalam diri. “Sebenarnya saya pun baru sahaja berhijrah (berhijab), saya mengaku melihat ada rakan-rakan diuji, kita pun rasa takut.

Atas rezeki diberikan Allah, saya banyak memberi fokus menghadiri majlis ilmu supaya dapat kuatkan lagi iman ini. “Saya cuba lakukan yang terbaik, saya percaya Allah Maha Baik. Insya-Allah dengan usaha ini kita dipelihara,” katanya. Pada Julai tahun lalu, Nora memberitahu salah satu faktor mendorong dia berhijrah adalah kerana sering menghadiri majlis ilmu agama. Kata Nora, dia sendiri merasa malu sekiranya masih tidak menutup aurat memandangkan usianya sudah mencecah 40-an.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version