Pelakon Rita Rudaini dan anak-anaknya sudah lali dengan pertanyaan warganet berkenaan bekas suami, iaitu pemain bola sepak, Aidil Zafuan. Ketika sesi siaran langsung di platform media sosial, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar dihujani dengan komen warganet berkenaan bekas suaminya itu. “Ramai yang kata dekat mummy, ‘kesian dekat Ryyan dan Arjuna tak jumpa bapa.’” Klik sini untuk lihat video.
Menurut aktres berusia 48 tahun itu, dia sudah terbiasa dengan pertanyaan tersebut malah sering mengajar anak-anaknya supaya tabah menghadapi kecaman warganet. “Kita okay sahaja dan sudah terbiasa. Mummy ajar awak berdua untuk kuat dan tahan kritikan dari komen.” Sementara itu, anak sulung aktres tersebut iaitu Airit Rayyan menegaskan bahawa mereka sama sekali tidak pernah terkesan dengan soalan-soalan sebegitu.
“Kami dah biasa sudah berapa juta kali dan dah muak (soalan netizen). Saya tak terkesan dan tak perlu kesiankan kami. Kami buat biasa sahaja. Mana ada kami hari-hari menangis, ada pernah nampak?” Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bolasepak kebangsaan tersebut pada tahun 2008. Namun mereka disahkan berpisah pada 2013. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.