Tengah hangat pasal jemaah kena tipu dengan syarikat pengendali umrah, tak sangka rupanya Michael Ang pun pernah ditawar pakej VVIP percuma

Susulan isu jemaah terkandas dan gagal diterbangkan ke Makkah kerana didakwa ditipu sebuah syarikat pengendali umrah, pengarah dan penerbit, Michael Ang terpanggil untuk bersuara. Michael, 55, mendedahkan, dia pernah ditawarkan oleh syarikat tersebut untuk mengerjakan umrah secara percuma, namun menolak tawaran itu kerana tidak terbuka hati.

Sebaliknya, selepas isu penipuan atau ‘scam’ timbul, Michael meluahkan rasa syukur kerana membuat keputusan yang tepat. “Nasib baik tak ambil tawaran mereka yang nak sponsor saya pakej VVIP pergi umrah. Kalau tak, jenuh saya menjawab fasal scam. Mereka hubungi saya melalui DM IG atau TikTok nak taja pakej VVIP dan minta saya cuma buat video ketika di sana (Makkah).

Fasal bayaran mereka nak bagi tunai dan ajak saya berjumpa. Nasib baik saya abaikan mesej mereka dan tak balas. Tak tergerak hati nak terima tawaran mereka.” Michael berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya. Dalam perkongsian sama, Michael turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib jemaah yang menjadi mangsa penipuan syarikat terbabit.

“Tak baik menipu bab umrah, tak rasa serba salah ke tengok mak cik dan pak cik itu menangis. Saya juga rasa simpati kepada yang kena scam terutama mak cik dan pak cik. Bersabar lah.” Terdahulu, kira-kira lebih 300 jemaah umrah terkandas apabila mereka dijanjikan untuk diterbangkan ke tanah suci namun ditunda oleh sebuah syarikat pengendali umrah. Tidak lama kemudian, Pengarah Urusan Syarikat tersebut tampil memohon maaf dan akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version