Selalu bercakap dalam bahasa Inggeris, sekali ada pula yang meluat dengan ank Aliff Syukri

KEPETAHAN anak usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra bertutur dalam bahasa Inggeris nampaknya mengundang perasaan kurang senang segelintir masyarakat. Ada menuduh remaja berusia 15 tahun itu sebagai berlagak bertutur dengan slanga seperti ‘mat salih’ sehingga timbul perasaan meluat. Susulan itu ramai meminta Qadejah mengutamakan bahasa kebangsaan kerana bimbang remaja itu hilang jati diri sebagai seorang Melayu.

Ibunya iaitu Datin Seri Nur Shahida, 40, bagaimanapun meminta warganet tidak memaksa Qadejah bercakap dalam bahasa Melayu. “Tak perlulah anda suruh dia cakap bahasa Melayu, lain bunyinya nanti. Biarlah dia hidup tenang dengan bahasa dia,” katanya. Shahida berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

Menerusi video tersebut memaparkan Qadejah cuba bertutur dalam bahasa Melayu ketika mempromosikan tempat penginapan milik keluarganya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha Qadejah berbahasa Melayu dan meminta dia terus mengasah penguasaan bahasa tersebut. Pun begitu, ramai turut mempertahankan Qadejah yang fasih berbahasa Inggeris dan tidak melihat ia sebagai satu keburukan sebaliknya kebaikan.

“Percubaan yang sangat bagus, harus diteruskan dan cuba lagi. Berlatih untuk jadi lebih sempurna. Sayang kalau tidak fasih berbahasa ibunda. Biarlah dia (Qadejah) nak cakap macam mana pun, asalkan dia selesa. Kalau kita cakap bahasa Inggeris pun tidak membuatkan kita hilang jati diri sebagai anak Malaysia,” komen warganet.

Untuk rekod, Shahida mendirikan rumah tangga dengan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri pada Ogos 2007. Selain Qadejah, pasangan itu turut dikurniakan lima lagi cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version