Bakal berkahwin lepas 3 tahun jalinkan hubungan, Siti Saleha tak nak dedah tarikh perkahwinan

Pelakon Siti Saleha enggan dedah tarikh kahwin namun akui sedang sibuk melakukan persiapan pernikahannya bersama tunangnya yang juga pereka fesyen, Joshua Fitton, namun enggan berkongsi tarikh majlis istimewa itu. Memetik laporan Berita Harian, Siti Saleha atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum berkata majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana itu hanya akan dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat.

“Ya, kami akan berkahwin tidak lama lagi selepas tiga tahun menjalinkan hubungan. Jadi, ini bukanlah keputusan terburu-buru, memandangkan kami sudah lama bersama dan gembira. Bagaimanapun, majlis pernikahan diadakan secara tertutup memandangkan Fitton adalah satu-satunya anak lelaki belum berkahwin. Fitton hanya mempunyai adik perempuan yang sudah berkahwin, jadi ibunya teruja mengadakan majlis besar-besaran di sebelah keluarganya,” katanya.

Siti Saleha memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran album Legasi oleh Dasha Logan dan Datuk David Arumugam di Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam pada itu, aktres itu turut mengakui berat badannya menurun bukan disebabkan tertekan menguruskan majlis perkahwinannya, namun penurunan itu disebabkan dia mengubah gaya hidup. “Tahun lalu, saya mengalami masalah kulit pada wajah dan hormon, jadi saya mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat. Itu membuatkan berat badan turun lima kilogram (kg),” jelasnya.

Mengulas perasaan bakal bergelar pengantin, aktres berusia 35 tahun itu tidak menafikan bahawa dia merasakan debaran sebelum berkahwin. “Sudah tentu gementar, tapi pada masa sama, berkahwin adalah perkara baik, jadi tak boleh dibandingkan. Kita hanya perlu belajar daripada kesilapan. Saya tak boleh berpatah balik, jadi tidak adil untuk saya bandingkan. Saya tahu berkahwin adalah tanggungjawab besar dan fasa baharu buat saya, jadi doakan yang baik-baik,” ujarnya.

Sementara itu itu, Siti Saleha memaklumkan dia bakal berkolaborasi dengan tunangnya menerusi jenama pakaian khas sempena Aidilfitri tahun ini. “Saya akan berkolaborasi dengan tunang, di mana kami akan mengeluarkan koleksi baju pada Aidilfitri, tidak lama lagi. Saya rasa inilah masa yang sesuai untuk kami keluarkan koleksi baju.

Kami sudah buat fotografi dan akan keluarkan ‘teaser’, tak lama lagi. Ia akan dilancarkan di studio Fitton dan koleksi ini menggunakan nama saya ‘Saleha’. Saya juga namakan koleksi pakaian dengan nama watak yang pernah saya jayakan,” katanya. Terdahulu, Siti Saleha membuat pengakuan mengenai pertunangan dengan Joshua ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) pada November tahun lalu. Pada Disember 2022, Siti Saleha memperkenalkan kekasihnya yang juga juga pereka fesyen kepada umum.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version