Ada rancangan untuk berkahwin, Sufian Suhaimi dan bekas kekasih kembali jalin hubungan cinta

Advertisements
Advertisements

KALAU sudah jodoh tak kemana, penyanyi Sufian Suhaimi mendedahkan hubungannya bersama bekas kekasih iaitu Rania Al Sadat sudah kembali terjalin. Berterima kasih kepada mereka yang mendoakan, Sufian, 33, memberitahu sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang apabila tiba masanya. “Ya, kami sudah kembali bersama. Status sekarang dia kekasih saya.

“Tak berani nak cakap bila berbaik tapi nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan baik-baik buat kami. Insya-Allah kalau jodoh sudah sampai saya akan berkahwin,” katanya. Sufian berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas majlis pelancaran lagu terbaharunya berjudul Dengan Lafaznya di Rusa Cafe, Puchong, Selangor pada petang Khamis.

Berkongsi lanjut, Sufian memberitahu jika ditakdirkan dirinya berkahwin, tiada majlis tunang akan dibuat sebaliknya dia memilih untuk terus melangsungkan pernikahan. Tambah Sufian, jika dia dan Rania sudah bersedia mereka tidak akan menunggu lama untuk menghalalkan hubungan yang dibina. “Mungkin selepas ini saya terus berkahwin tiada majlis tunang. Tapi tak tahu lagi tahun ini atau bila tapi insya-Allah doakan saya.

Memang ada rancangan untuk berkahwin sebab sudah tiada perkara lain saya nak tunggu, kalau saya dan dia sudah bersedia kami tak tunggu lama,” jelasnya. Dalam pada itu, Sufian menafikan punca dia dan Rania berpisah bukan disebabkan kewujudan orang ketiga. “Tiada orang ketiga bila kami berpisah… Saya rasa komunikasi adalah kunci bagi sesebuah hubungan.

Kita kena berkomunikasi daripada sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara,” ujarnya. Sebelum ini, Sufian mengesahkan hubungan cintanya dengan Rania berakhir apabila cincin risik dipulangkan pada April tahun lalu. Namun, tidak lama selepas itu, timbul khabar angin mendakwa cinta mereka kembali terjalin selepas pasangan ini dilihat meluangkan masa bersama di beberapa lokasi.

Dalam perkembangan lain, Sufian berkolaborasi dengan penyanyi Sarah Suhairi menyanyikan lagu berjudul Dengan Lafaznya. Lagu berkenaan kini sudah boleh mula didengari di semua platform digital. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version