Kena tipu dengan syarikat pengendali umrah, seramai 300 jemaah terkandas

Kira-kira lebih 300 jemaah terkandas apabila syarikat pengendali umrah yang menjanjikan penerbangan ke tanah suci pada hari ini ditangguhkan. Tindakan itu telah membuatkan ramai meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial. Dakwa salah seorang jemaah yang dikenali sebagai Sue Aini berkata, dia dimaklumkan mengenai penangguhan tersebut semalam selepas dia sendiri menghubungi pihak berkenaan bagi mengetahui status jadual perjalanan.

“Bagitahu travel cancel dan acah-acah tukar ke 19 Januari. I menolak. Saya mahukan tuntutan bayaran penuh,” luahnya.

Dakwanya lagi, beliau dengan lebih 320 jemaah umrah lain menghadapi pelbagai masalah komunikasi dan kekeliruan maklumat sejak taklimat awal bersama mutawif. Ujarnya, semasa taklimat bersama mutawif pada Jumaat malam, tiada butiran terperinci mengenai penerbangan diberikan, sebaliknya hanya dimaklumkan mengenai nama kumpulan, jumlah ahli di dalam kumpulan tersebut serta waktu penerbangan.

Namun katanya, semasa taklimat bersama mutawif pada Jumaat malam, tiada butiran terperinci mengenai penerbangan diberikan, sebaliknya hanya dimaklumkan mengenai nama kumpulan, jumlah ahli di dalam kumpulan tersebut serta waktu penerbangan. “Maklumat itu pun tidak tetap, sentiasa bertukar-tukar. Mula-mula kami diberitahu waktu penerbangan bagi Kumpulan 1-5 adalah pada jam 9 pagi, manakala Kumpulan 6-8 adalah pada jam 9 malam.

Butiran mengenai syarikat penerbangan apa, nombor penerbangan semua tidak diberikan. Mutawif memaklumkan pengasas syarikat berkenaan iaitu Sofea akan buat taklimat menerusi Google Meet bersama para jemaah pada Sabtu malam untuk kongsikan butiran penerbangan, visa dan hotel namun perkara itu juga dibatalkan,” katanya.

Dia yang juga seorang usahawan menambah, syarikat berkenaan enggan memberi sebarang kepastian malah menjadikan mereka seperti bola apabila ’ditendang ke sana ke mari.’ “Pihak pentadbiran mengelak pertanyaan saya dan memberitahu untuk menghubungi pihak operasi dan mereka kemudian memberitahu saya untuk menghubungi pihak pentadbiran sekali lagi dan memaklumkan akan ada orang lain membuat panggilan untuk menjelaskan mengenai perkara itu.

Akhirnya, saya dimaklumkan penerbangan pada 14 Januari dibatalkan dan diganti ke 19 Januari. Selepas berulang kali mendesak pihak pengurusan dan ejen, saya berjaya mendapatkan bayaran balik sebanyak RM13,900 daripada jumlah asal RM14,900 dengan potongan dikenakan atas alasan digunakan untuk visa tersebut, namun, saya mempersoalkan potongan tersebut kerana visa suami saya tidak pernah diproses.

Saya juga berjaya membantu mendapatkan bayaran balik untuk kakak dan abang ipar, namun, kebanyakan peserta lain masih belum menerima sebarang pampasan dan mereka layak mendapat keadilan,” katanya lagi. Sementara itu, anak pengasas Dnars Skincare itu pernah dilantik syarikat berkenaan untuk mempromosikan syarikat tersebut memaklumkan kontraknya sudah tamat sejak 6 Januari lalu.

“Saya tiada kaitan lagi dengan mereka, cuma rasa bertanggungjawab kerana ada pengikut saya yang mendaftar umrah dengan syarikat berkenaan,” kata Irdina Hakim Jasman. Setakat ini, hanya 17 individu yang berjaya mendapat bayaran sebelum pemilik syarikat berkenaan gagal dihubungi.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version