Pempengaruh Tyra Kamaruzzaman meluahkan rasa marah selepas membaca kenyataan dibuat seorang wanita yang dikaitkan dengan usahawan Jofliam iaitu Dewi. Tyra berkata, dia berang apabila Dewi didakwa merendahkan martabat wanita hamil yang pernah melahirkan anak. Malah, Tyra menganggap kekasih kepada Jofliam itu tidak pernah melalui kesakitan dan pergorbanan seorang ibu mengandung, melahirkan dan menjaga zuriat.
“Bukan nak tunggang isu yang sedang berlaku tapi bila tengah hamil anak pertama dan memahami betapa sukarnya mengandung, berani awak cakap begitu kepada ibu yang mengandungkan, melahirkan dan menjaga dua anak. Semua sebab kau itu gatal dan penyondol. Awak takkan faham macam mana sakitnya sebab awak bukan seorang ibu! Bencinya perempuan macam itu!
Marahnya! Semua itu untuk seorang lelaki yang mungkin tidak dapat membantu anda membuka kabinet tinggi. Maaf, geram.” Tyra berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di platform Thread miliknya. Dalam pada itu, Tyra memberitahu dia tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkahwinan Cik Epal dan Jofliam, namun menganggap ‘penyondol’ menjadi punca keretakan rumah tangga.
“Sejujurnya saya sudah lama menjadi pembaca dalam diam dan saya tiada komen mengenai perkahwinan mereka sebab itu antara mereka berdua tapi si penyondol ini sangat gatal.” Terdahulu, Dewi mendakwa bekas isteri kepada Jofliam, Cik Epal telah mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anaknya, Han Dan Yuki. Dewi meminta Cik Epal bersyukur kerana ada individu sepertinya yang sanggup memberi kasih sayang dan menghargai anak-anaknya.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.