Isu influencer hilang hanya lah sekadar konten, Caprice minta pihak berkuasa ambil tindakan

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh terkenal, Caprice gesa pihak berkuasa tempatan untuk ambil tindakan jika isu influencer hilang dalam hutan di Indonesia hanyalah sekadar konten daripada pihak mereka. Perkara itu dinyatakan oleh Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli susulan kecoh di media sosial berkenaan isu tersebut melibatkan Malaysia dan Indonesia. Menerusi hantaran Instagram yang dibuat Caprice di Instagram, dia turut memuat naik video ketika sekumpulan pembuat konten sedang memaklumkan tentang kehilangan rakan mereka sewaktu melakukan aktiviti paranormal di dalam hutan terbabit.

Dia juga memuat naik satu kiriman mesej yang diterima daripada di mana memintanya untuk mengupas isu tersebut kerana khuwatir dengan tindakan yang dilakukan mereka boleh membawa masalah dan melibatkan pihak berkuasa dari negara berkenaan. “Budak-budak ni buat konten tanpa fikir akibat dari perbuatan mereka. Menggunakan nama polis dan tentera padahal ia vuma konten semata sehingga pihak kami dari Kedutaan Besar mengesa pihak polis dari Jakarta supaya menghubungi pihak polis di Bandung bagi mengesan kejadian tersebut,’ tulis mesej berkenaan. Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu beberapa komen yang diterima daripada selebriti di ruangan Instagram Caprice juga seakan meminta supaya kesahihan berita kehilangan tersebut dapat dibongkar agar tidak mendatangkan masalah di kemudian hari. Salah satunya adalah komen daripada pelawak dari Indonesia, Vicha yang mengatakan jika berita tersebut palsu, pastinya dia sebagai warga Indonesia berasa sangat kecewa kerana boleh memberi impak negatif terhadap lokasi pelancongan tersebut.

Susulan daripada itu, pelbagai komen diterima daripada netizen dimana masing-masing berharap akan ada siasatan yang jelas berkenaan kejadian kehilangan influencer Malaysia sewaktu melakukan konten paranormal dalam hutan di Bandung. Mereka juga menegaskan supaya mereka yang terlibat dikenakan tindakan sewajarnya jika ternyata apa yang berlaku sekadar konten untuk menarik perhatian ramai.

Terdahulu, seorang influencer Malaysia telah dilaporkan hilang di dalam hutan di Bandung sewaktu menyertai aktiviti paranormal pada hari ketiga. Walau bagaimana, influencer tersbeut telah ditemui selamat pada malam tadi dalam keadaan lemah di sebuah pondok kecil kira-kira 200 meter dari tempatnya dilaporkan hilang.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version