Setelah lama berdiam diri berkaitan anak, pempengaruh sensasi, Cik Epal kembali menyorot perhatian ramai apabila mendakwa bekas suaminya, Jofliam menghalang dirinya untuk bertemu dengan anak-anaknya. Menerusi hantaran di Instagram, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud mendakwa dia sudah lama tidak bertemu dengan anak-anaknya, Han dan Yuki.
Dakwanya, dia terpaksa menggunakan media sosial susulan disekat oleh bekas suaminya, Jofliam di aplikasi WhatsApp. “Aku terpaksa guna media sosial sebab dia dah sekat aku di WhatsApp. Sudah berbulan aku tak jumpa Han dan Yuki. Dia pisahkan anak-anak dengan ibu kandung boleh pula? Sekarang pulangkan Han dan Yuki dekat aku. Jangan buat harta macam Han dan Yuki hak kau seorang.”
Dakwa Cik Epal, sebelum ini, pemilik nama Jofli Abu Bakar tidak membenarkannya untuk menjaga Han dan Yuki susulan tidak mempunyai rumah yang tetap. Bagaimanapun, selepas rumah telah siap diubah suai, Cik Epal mendakwa Jofliam masih tidak membenarkannya untuk mengambil Han dan Yuki walaupun telah tiba gilirannya untuk menjaga mereka. Klik sini untuk lihat video.
“Dulu tak nak bagi Han&Yuki dekat aku sebab aku berpindah randah (duduk) airbnb. Aku duduk airbnb pun sebab rumah aku tengah renovate. Sekarang rumah aku sudah siap. Boleh dah bagi Han&Yuki dekat aku pula. Aku dah siap bawak polis datang rumah dah.” Sebelum ini, tular di media sosial kisah persengketaan Cik Epal dan Jofliam yang dilihat tidak berkesudahan.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki. Pun begitu, pasangan tersebut memilih untuk berpisah pada tahun lalu selepas 10 tahun hidup bersama. Sumber: OhBulan.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.