Hanya terima watak islamik, Dai Syed dedah tiada pihak yang tawarkan dia berlakon lepas terpalit dengan kontroversi sebelum ni

Advertisements
Advertisements

HIKMAH di sebalik tiada tawaran berlakon selepas terpalit dengan kontroversi sebelum ini, pelakon dan pendakwah selebriti Da’i Syed mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama isteri dan anak. Kata Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, dia berasa gembira dan teruja kerana dapat melihat anaknya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail yang kini memasuki enam bulan membesar di depan matanya. “Masa itu adalah emas. Jadi saya banyak menghabiskan masa saya walaupun 1 saat, saya tengok anak besar depan mata. Alhamdulillah walaupun tiada tawaran itu dan ini, tetapi saya dapat tengok anak membesar.

Daripada saya tinggalkan dia selama 16 hari dan sampai sekarang hampir enam bulan. Alhamdulillah,” katanya. Dalam masa sama, Syed berkata dia tidak pernah berniat untuk berehat daripada industri lakonan dan sentiasa membuka tangan sekiranya mendapat tawaran. Bagaimanapun aktor tersebut meletakkan syarat yang dia hanya mahu melakonkan watak Islamik. “Sekarang ini memang tiada tawaran. Bukannya berehat, saya masih membuka tangan (untuk berlakon). Namun saya memilih tawaran iaitu watak ustaz ataupun pendakwah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syed merupakan salah seorang pelakon dalam Filem Dajal: Satu Malam Di Pedajal yang di pawagam bermula Khamis. Selain Syed, pelakon yang turut membintangi filem arahan Pierre Andre itu adalah Amir Nafis, Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version