Pelakon dan penyanyi, Didi Astillah menjelaskan stamina diri yang tidak kuat menyebabkan kakaknya, Bella Astillah membuat keputusan untuk mendukungnya ketika menuruni Gunung Kinabalu di Sabah. Menerusi laman Instagram Story (IGs), Didi berkata dia kekurangan tenaga selain mengakui tidak aktif bersukan sejak di bangku sekolah. Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah berkata sebagai seorang yang gayat, dia merasakan gunung Kinabalu agak mencabar daripada tempat-tempat pendakian yang lain.
“Yang kami daki itu gunung Kinabalu, bukan bukit-bukit manja jadi apa-apa kesakitan fizikal mental tidak dijangka kadang boleh terjadi. Bila daki lain rasanya, bila turun orang yang gayat atau takut dengan ketinggian mesti faham apa yang saya rasa. Panik, (rasa nak) nangis, tapi bersyukur ada kakak di situ. Bukan tiada malim gunung, cuma bila ada kakak sendiri yang tenangkan dan pujuk, panik saya mula reda.”
Pelakon 29 tahun itu berkata demikian selepas dikritik ‘manja’ oleh warganet yang mengatakan dirinya ‘gedik’ kerana membiarkan kakaknya yang kecil itu mendukungnya. Jelas Didi lagi, tindakan tersebut bukanlah dibuat-buat seperti yang disangka warganet tetapi memang dia tidak mampu untuk meneruskan pendakian.
“Memang tidak sempat untuk menggedik. Banyak fikir tentang (keadaan sekeliling) batu-batu, tangga dan bukit curam yang buat saya gayat.” Terdahulu, tular satu video memaparkan Didi didukung oleh Bella ketika mereka berdua menuruni puncak gunung tertinggi di rantau Asia Tenggara itu. Sebelum ini, seorang warganet meluahkan kerisauan apabila melihat Didi digendong oleh Bella semasa mereka selesai mendaki gunung Kinabalu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.