Pelakon Emma Maembong dan Zizan Razak menyorot perhatian warganet malah ramai yang merestui andai cinta mereka kembali bertaut. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Zizan dan Emma dilihat sedang menjayakan sesi fotografi bagi sebuah jenama pakaian lokal. Dalam pada itu, Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail bertanya kepada Zizan tentang lagu Infiniti Cinta. “Awak lagu Infiniti Cinta itu untuk siapa?” Klik sini untuk lihat video.
Pelawak berusia 40 tahun tersebut kemudian mendedahkan lagu berkenaan ditujukan untuk seorang wanita yang dicintainya. “Untuk perempuan yang saya cintai ketika itu dan untuk perempuan yang tingginya 5’3.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mahu melihat Zizan dan Emma kembali bersama dan mendoakan agar mereka bertemu jodoh.
“The real jodoh yang tertangguh ke ni?” “Nampak berseri dan ceria muka Zizan di samping Emma.” “Satu Malaysia restu kalau mereka bersama.” “Ini kalau bersama balik, memang betul lelaki setia itu wujud.” “Semoga berjodoh kembali.” Sekadar info, Zizan dan Emma pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun sebelum berpisah pada tahun 2015.
Emma sebelum ini mengejutkan orang ramai dengan mengesahkan dirinya tidak lagi sehaluan bersama bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar. Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan perpisahan mereka pada 7 Oktober tahun lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.