Isteri kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh nekad membuat keputusan untuk berpisah dengan pelawak dan pengacara itu. Ketika dihubungi, Fara mendedahkan dia enggan lagi meneruskan perkahwinan yang didakwa toksik. Kata Fara, keputusan itu juga untuk kebaikan masa depan anak dalam kandungannya sekarang ini. “Semestinya (nekad nak berpisah). Itu yang terbaik untuk bayi. Saya tak nak jadi ibu toksik kepada anak saya.
Saya tahu perkahwinan saya tidak healthy untuk diteruskan. Kalau saya teruskan juga nanti akan beri kesan kepada anak. Terutama bila nanti kami suami isteri bergdh, akan sksa mental anak. Jadi, untuk selamatkan anak saya dan kesihatan mental, memang saya nak berpisah. Sebenarnya, kami dah cuba untuk berbincang banyak kali tapi dia (Shuk) tak pernah nak sit down heart to heart talk. Dia selalu abaikan dan anggap saya hanya nak issuekan benda remeh.”
Tambah Fara lagi, dia mendakwa Shuk masih belum memunculkan diri di hospital. “Shuk langsung tak ada melawat. Padahal dia ulang alik Singapura dan Pulau Pinang.” Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan dirinya dan bayi, Fara bersyukur dalam keadaan baik. “Hari ini hari kedua di hospital. Saya ditahan di hospital di Johor. Sejak 6 Februari lalu, saya keluar masuk (hospital) cuma kali ini agak lama. Baby alhamdulillah.”
Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram Story, Fara meluahkan rasa bengangnya terhadap Shuk yang didakwa telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. Sekadar info, kemelut rumah tangga antara Fara dan Shuk bermula pada tahun lalu selepas wanita itu mengaku meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai suaminya itu. Untuk rekod, Fara dan Shuk berkahwin pada November 2023 selepas berpisah dengan isteri pertamanya iaitu Rossa Sera pada 22 Mac 2023.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.