Pakai baju pun sedondon, gambar Amira Othman peluk ibu Fattah Amin jadi perhatian warganet

Advertisements
Advertisements

Penyanyi Amira Othman peluk ibu kepada aktor Fattah Amin dalam sebuah majlis usrah baru-baru ini telah mengundang perhatian ramai. Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hanum Subri di laman TikToknya, dia meluahkan rasa syukur kerana dapat menganjurkan majlis agama yang dihadiri oleh rakan terdekat di sebuah kediaman.

“Usrah bersama sahabat syurga. Sama-sama kejar Mardhatillah, semoga usaha kecil ini menjadi bukti di akhirat kami pernah bersusah payah untuk mencari ilmu-Mu Ya Allah,” ujar Hanum di ruangan kapsyen. Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah salah satu foto yang memaparkan Amira memeluk tubuh ibu Fattah Amin iaitu Azizah Abdul Ghani dari arah belakang bersama pelakon Betty Rahmad.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja apabila melihat kemesraan Amira bersama ibu Fattah Amin ketika menghadiri majlis yang penuh berkah tersebut. Dalam pada itu, ramai memuji perkongsian ilmu yang dilakukan oleh ahli perniagaan tersebut sebagai usaha untuk mengajak rakan-rakannya mendalami ajaran agama dengan lebih baik.

Terdahulu, Amira dan Fattah mendapat restu daripada peminat selepas melihat keserasian mereka dalam menjayakan muzik video lagu Bila Nak Kahwin nyanyian Amira. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version