Dah hampir setahun tak jumpa dengan anak, Hafidz Roshdi dedah bekas isteri bawa anak ke Australia tanpa keizinan

Advertisements
Advertisements

Pelakon Hafidz Roshdi tak tahu mengenai khabar dua orang anaknya yang kini berada di Australia bersama bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri. Dakwa Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 31, sehingga kini dia masih belum bertemu dua anaknya iaitu Humairah, 8, dan Umar, 4. Kongsi Hafidz, kali terakhir mereka berjumpa adalah pada penghujung tahun 2023.

“Saya tak tahu keadaan anak saya macam mana sekarang. Namun, perkembangan terbaharu saya dapat tahu mereka dibawa ibunya ke Australia tanpa keizinan saya. Kepada Umar dan Umairah, abah hendak bagi tahu yang abah sangat-sangat rindu pada Umar dan Umairah. Abah harap kita dapat jumpa satu hari nanti, insya-Allah,” katanya ketika ditemui selepas sebutan kes interim hadanah hak penjagaan dan hak penjagaan penuh difailkannya kepada bekas isterinya, Shuhada dan ibu Shuhada, Wan Latipah Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, hari ini.

Katanya lagi, nafkah bagi kedua-dua anaknya itu akan dilaksanakan sepenuhnya kerana ia merupakan tuntutan dan sudah menjadi tanggungjawabnya. Pun begitu, Hafidz kesal apabila sesetengah pihak di media sosial mengencam dirinya termasuk mencadangkan agar kedua-dua anaknya tidak berbin bintikan namanya. “Saya dengan tegas tujukan kepada mereka di luar sana, saya bagi amaran tolong hormati saya kerana saya tetap abah mereka.

Kalau ikutkan sudah hampir setahun lebih tak jumpa mereka cuma saya nak bagitahu saya sangat-sangat rindu pada anak-anak saya,” luahnya. Dalam perkembangan lain, mahkamah hari ini menetapkan tarikh 25 Februari depan sebagai tarikh baharu untuk sebutan semula kes hadanah berkenaan. Sekadar info, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Humairah, 8, dan Umar, 4. Bagaimanapun, mereka telah berpisah 27 Julai 2023.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version