Penyanyi Iman Troye tak gentar dengan ugutan dari usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri yang mahu menyamannya malah, telah membuat laporan polis terhadap peniaga itu. Menerusi satu hantaran di TikTok, Iman telah memuat naik satu video memaparkan dia sedang dalam perjalanan menuju ke balai polis untuk membuat laporan polis terhadap Aliff. “Kami dalam perjalanan ke balai polis. Pihak pengurusan Datuk Aliff Syukri ada hubungi pihak pengurusan saya, cakap nak saman. Klik sini untuk lihat video.
Tengoklah macam mana, ingat dia bagus sangat banyak duit saya nak takut dia?” katanya. Menurut Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, perselisihan faham itu bermula selepas dia memberi respon kepada video Aliff yang mendedahkan mahu mengeluarkan lagu raya bagi tahun ini. Susulan itu, Aliff menghubungi Iman dan meminta agar penyanyi itu membuat siaran langsung bersamanya untuk membincangkan perkara tersebut.
“Apa yang saya cakap tu, orang lain pun dah cakap juga. Dia kata nak buat siaran langsung, nak cakap elok-elok. Dia kata kalau buat siaran langsung, dia kata dia nak maafkan. Tapi bila dah buat siaran langsung tadi, benda lain pula jadi. Dia nak saman juga malam ni, tak kira macam mana. Dia kata video asal tu tak perlu padam,” ujarnya. Penyanyi berusia 23 tahun itu bagaimanapun tidak gentar dengan ugutan dari Aliff, malahan mencabarnya untuk meneruskan saman tersebut.
“Kalau betul nak saman, saya boleh call peguam saya dan Datuk boleh call peguam Datuk. Takde masalah. Kalau betul nak saman saya, macam ni pengakhirannya, tak apa. Kita jumpa di mahkamah,” katanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak percaya bahawa kedua-dua selebriti itu sedang berselisih, namun berkata pergdhan itu hanyalah gimik semata-mata untuk pelancaran lagu raya baharu mereka berdua.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.