Minta bantuan orang ramai, kanak kanak berusia 19 bulan hilang waktu maghrib

Advertisements
Advertisements

TINGGAL beberapa hari sahaja lagi sebelum kedatangan bulan Ramadan, sebuah keluarga di Kelantan diuji dengan kehilangan anak mereka yang berusia 19 bulan. Kehilangan kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dari Kampung Aira Kuala Tiga, Tanah Merah itu dikongsi ibu saudaranya, Azean Nurfarah Amirah menerusi Facebook. Menurut Azean, kehilangan kanak-kanak itu hanya  disedari ahli keluarganya kira-kira pukul 7 malam, Isnin.

“Anak buah saya Hud Aryan hilang pukul 7 malam 24 Februari 2025. Misi pencarian ditangguhkan malam ini (Isnin) dan pagi esok (Selasa) akan dijalankan kembali. Baliklah Hud,” tulis wanita itu. Menerusi hantaran terbaharu di Facebook pada Selasa, Azean sekali lagi menggesa orang ramai agar menyalurkan bantuan dalam mencari mangsa. “Kali terakhir (Hud) makan pukul 7 petang. Kanak-kanak lelaki (anak kakak saya) berusia setahun tujuh bulan hilang semalam hingga kini masih belum dijumpai.

Minta bantuan kepada orang ramai dan sesiapa sahaja panjangkan berita ini, terima kasih,” tulisnya lagi. Difahamkan, mangsa baru sahaja diberi makan oleh ibunya. Namun, kanak-kanak itu hilang selepas ibunya pergi ke dapur. Kes kanak-kanak hilang itu turut disahkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan. Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, bomba negeri itu berkata pihaknya menerima laporan kira-kia 11.50 malam Isnin. Operasi pencarian disambung pagi ini dan turut disertai pihak polis dan orang kampung.

Sumber: Mstar, PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version