Lima lelaki yang terlibat dalam kes pkul lelaki kurang upaya mengaku bersalah dan didenda RM2k

Advertisements
Advertisements

Lima lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pkl melibatkan lelaki orang kurang upaya (OKU) di sebuah pasar pagi di Kemaman telah membayar denda RM2,000 manakala seorang lagi minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kemaman pada Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, kesemua tertuduh sebelum ini telah disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Pada Isnin lalu, seramai enam individu ditahan berhubung kes tersebut telah dituduh di Mahkamah Majistret Kemaman. Lima lelaki tersebut mengaku bersalah manakala seorang lagi minta dibicarakan. Kesemua yang mengaku bersalah telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 setiap seorang dan mereka telah membayar denda tersebut. Jadi kita menasihati orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan spekulasi tidak benar.

Pihak polis akan sentiasa memastikan siasatan dijalankan secara telus dan adil,” katanya dalam kenyataan. Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kejadian seorang lelaki dipukul di hadapan orang ramai di Pasar Pagi Jalan Padang Astaka, Chukai, Kemaman sekitar jam 9.30 pagi. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal memasuki tapak jualan dan terlanggar sebuah gerai, menyebabkan barangan jualan di gerai tersebut terjatuh dan bertaburan di jalan.

Susulan itu, beberapa individu yang berada di lokasi dipercayai telah bertindak memkl mangsa. Insiden tersebut menarik perhatian ramai setelah rakaman video berdurasi 1 minit 52 saat mengenai kejadian itu tular di media sosial. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version