Sejak semalam tular video pak cik bawa teksi kutip kopiah yang dicampak seorang wanita yang dilihat tiba-tiba turun dari kenderaan dan melulu ke arah lelaki terbabit. Menerusi video rakaman dashcam yang dimuat naik semula akaun Facebook klangkampunghalamanku, dapat dilihat yang kenderaan dinaiki wanita terbabit dan teksi tersebut berhenti di lane ketiga sebuah lebuh raya dipercayai mengalami perlanggaran.
Wanita yang keluar dari dalam kereta terus meluru ke arah lelaki pertengahan usia itu dengan mengambil kopiah dari kepalanya sebelum dilempar ke tepi jalan.
Apa yang membuatkan ramai sedih adalah tindakan pak cik tersebut yang langsung tidak melawan dan hanya tunduk mengambil semula kopiah miliknya yang telah dicampak ke bawah. Perkongsian tersebut telah membuatkan ramai sebak apabila melihat pak cik berkenaan seperti ayah mereka dan tidak tergamak menyaksikan tindakan kurang sopan yang dilakukan oleh wanita terbabit. Mereka mengatakan andai kata pak cik tersebut salah, lebih elok jika masing-masing menyelesaikannya dengan profesional kerana perkara seperti itu boleh sahaja dibincangkan.
Walau bagaimanapun, video yang berdurasi 19 saat itu tidak dapat disahkan kesahihannya dan juga lokasi kejadian tersebut berlaku. Tiada juga sebarang keterangan berkenaan kejadian tersebut dan diharap mana-mana pihak yang terlibat dalam situasi itu dapat tampil menjelaskan keadaan sebenar. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.