BUSANA putih digayakan pelakon Siti Saleha ketika majlis pernikahannya pada 15 Februari lalu rupanya adalah hasil rekaan suaminya yang juga pereka fesyen iaitu Joshua Fitton. Siti Saleha Mohd Baharum, 35, memberitahu rekaan tersebut mengambil pelbagai inspirasi yang juga menepati jenama milik Joshua iaitu Atelier Fitton. Apa lebih menarik, pakaian itu menggabungkan beberapa rekaan tradisional dan moden menggunakan benang sutera.
“Suami saya yang mereka baju pernikahan kami. Diperbuat daripada tenunan benang sutera, pakaian saya merupakan gabunban baju kurung, baju Melayu dan kemeja klasik yang cukup dikenali dengan jenama Atelier Fitton. Untuk kain pula, pario yang diperbuat daripada sutera Thailand,” katanya.
Saleha berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Selesa sebagai tanda penghargaan buat suami atas rekaan tersebut. Bercerita lanjut, baju Melayu yang dipakai oleh Joshua pula merupakan inspirasi pakaian lelaki masyarakat Jawa. “Bajunya pula adalah interpretasi pakaian tradisional Jawa diperbuat daripada sutera dan digandingkan dengan samping yang juga menggunakan sutera sama seperti kain saya. “Terima kasih suamiku, saya cinta kamu,” luahnya.
Pasangan ini bernikah pada 15 Februari lalu bertempat di Janda Baik, Pahang. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Saleha selepas bercerai dengan Ahmad Lutfi Azhar pada Januari 2022. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.