Beberapa minggu lepas, tular di media sosial apabila ada dakwaan seorang influencer wanita hilang dalam hutan di Indonesia sehingga membuatkan rakyat Malaysia panik. Namun begitu, dakwaan tersebut rupanya sekadar konten sehingga influencer wanita dikenali sebagai Eyka teruk dikecam warganet di media sosial kerana mencetuskan kebimbangan bukan hanya di Malaysia bahkan di Indonesia.
Susulan daripada itu, influencer terbabit telah tampil di podcast kendalian Caprice dengan mendedahkan hal sebenar disebalik konten yang sudah dirancang oleh seorang YouTuber. Jelas Eyka, dia terpaksa mengikuti arahan daripada YouTuber sensasi itu kerana bimbang akan keselamatan dirinya. Dia berasa kurang selamat kerana dikelilingi oleh lelaki dan terpaksa menerima arahan untuk berpura-pura hilang dalam hutan selama tiga hari.
“Masa hari kejadian, Eyka dipanggil oleh dua orang iaitu pihak sebelah sana, dia terus brief apa yang nak jadi. Dia kata ‘Eyka you kena hilang dalam tiga hari tau’. Saya terkejutlah kenapa perlu hilang dalam masa tiga hari. Saya diam kejap sebab dikelilingi lelaki. Nak kata ‘nak’ pun tidak, nak kata ‘tak’ pun tidak. Takut diapa-apakan sebab masa itu saya seorang saja perempuan masa briefing tu,” ujarnya.
Dedahnya, sepanjang ‘hilang dalam hutan’ itu, dia telah pulang ke bilik penginapan seperti biasa dan bersantai sahaja di sana. Dia akui pada awalnya tidak menyangka bahawa isu tersebut akan tular dan kecoh sehingga melibatkan kedua-dua buah negara. Jadi, dia mengambil keputusan untuk menghubungi keluarga pada hari kedua ‘konten’ tersebut berjalan agar mereka tidak bimbang dengan keadaannya.
“Salah Eyka juga tak inform famili. Ingat macam biasa-biasa je, tak expect viral macam ni. Tapi hari kedua tu saya beritahu keluarga ini hanya content jadi mereka tak risau pun,” ujarnya lagi. Berasa seperti perkara tersebut semakin memburuk, Eyka telah mengambil keputusan untuk segera balik ke Malaysia keesokkan pagi selepas ‘ditemui’ dan menyatakan tidak mahu lagi terlibat dengan konten YouTuber tersebut.
“Malam yang saya dijumpai tu, siang esoknya tu saya rasa tak boleh dah ni. Masa tu sedar benda ni salah. Kemudian saya book flight balik Malaysia. Saya nak minta maaf pada semua orang termasuk keluarga sebab mereka pun kena kecam teruk. Itu kesilapan saya sendiri. Selepas ini saya cuba buat video yang bermanfaat,” jelasnya. Terdahulu, penyanyi Izzrin Irfan mendedahkan Ammar Nazhan telah membayar RM10,000 kepada polis dan penduduk kampung untuk menjalankan konten mendakwa seorang wanita hilang di dalam hutan sewaktu mengikuti aktiviti paranormal di Bandung, Indonesia.
Dia juga memaklumkan yang tidak menerima sebarang bayaran daripada YouTuber tersebut. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.