SETELAH memberi keizinan kepada anak perempuannya bergelar penyanyi, pelawak Shuib sudah bersedia menerima reaksi masyarakat termasuk kritikan daripada warganet. Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, berkata, sepanjang bergelar anak seni, dia sudah memahami permainan warganet hanya berani bersuara di media sosial. “Saya sudah bersedia bukan kerana saya bukanlah hebat sangat tapi boleh kata dah biasa jugalah terima kritikan ini.
“Saya dah lalui macam-macam situasi dalam karier saya dan akhirnya saya sedar kritikan ini hanya permainan dalam media sosial. Setakat ini Thalita pun ada baca macam-macam komen. Saya sentiasa ada bersama Thalita dan beritahu dia realiti sebenar. Insya-Allah dia faham,” katanya. Dalam pada itu, Shuib berkata dia sudah memaklumkan kepada Thalita tentang cabaran bakal dilalui sepanjang bergelar artis.
Pesan Shuib, dia mahu Thalita fokus terhadap impiannya bergelar penyanyi dan berjanji akan sentiasa berada di sisi dalam memberikan sokongan. “Saya dah cakap dengan dia (Thalita), bukan mudah untuk bergelumang dalam dunia hiburan ini ada banyak cabarannya. “Nasihat saya, lalui sahaja jangan risau sebab saya ada untuk beri tunjuk ajar macam mana nak tangani cabaran. Kalau betul-betul nak jadi penyanyi, fokus kepada Latihan,” ujarnya.
Thalita atau Thalita atau Dzahira Thalita Zahra, 13, mula menjadi sebutan ramai apabila membuat penampilan pertama menyanyi di hadapan khalayak ramai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 3 Januari lalu. Thalita menyampaikan lagu nyanyian Allahyarham ibunya iaitu Siti Sarah Raisuddin berjudul Kesetiaan.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.