Tular khabar angin Uqasha Senrose pergi ke mahkamah syariah, tak boleh berdiam ini pula respon dari tuan badan

Advertisements
Advertisements

Pelakon Uqasha Senrose menafikan khabar angin mengenai rumah tangganya bersama aktor Kamal Adli sedang dilanda badai. Ketika ditemui, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, menegaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah pergi ke mahkamah syariah seperti yang didakwa. “Demi Allah saya tak pernah menjejakkan kaki ke mahkamah syariah. Saya nafikan seratus peratus, insya-Allah selagi kami boleh jaga rumah tangga kami akan jaga sebaik-baiknya.

Kalau saya ke mahkamah syariah mesti ada nama saya di sana, cuba periksa ada atau tidak. Jika ada tunjukan. Boleh bagi bukti saya ke mahkamah mana? Saya pun tak tahu mahkamah di mana.” Uqasha berkata demikian seusai pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, pada Khamis.

Sementara itu, aktres berusia 33 tahun itu berkata, ketika ini dia hanya mahu memberi tumpuan kepada keluarga berbanding isu berkenaan. “Perlu ke sampai saya nak kena muat naik gambar dengan Kamal sebab nak puaskan hati semua orang? Takkan saya nak cerita hal ‘dalam kain’ saya. Saya rasa tak perlu, lebih baik saya fokus dengan keluarga kecil saya.”

Dalam masa yang sama, pelakon filem Hantu Kak Limah itu turut menyifatkan spekulasi yang timbul adalah tidak berasas. “Bagi saya semua rumah tangga tidak ada yang indah-indah belaka. Perkara ini tak berasas. Saya tak pasti dari mana datangnya ura-ura mengatakan kami nak berpisah. Tidak apa yang perlu dirisaukan selagi tidak sampai ke tahap itu malah saya tidak pernah rasa tertekan.”

Terdahulu, nama Kamal dan Uqasha menjadi bualan apabila dikatakan menghadapi masalah rumah tangga. Untuk rekod, pasangan ini telah bernikah pada 5 November 2021 dan dikurniakan cahaya mata, Hawra Uqaira. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version