Ank pernah dihayun kuat oleh pengasuh, Wany Hasrita akui cerewet dalam mencari pengasuh demi keselamatan anak

Advertisements
Advertisements

KEJADIAN anak perempuannya dihayun kuat ketika digendong membuatkan penyanyi Wany Hasrita lebih berhati-hati dalam mencari pengasuh. Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 33, berkata, tindakan itu mungkin tidak serius namun dia bertanggungjawab dalam melindungi anaknya daripada kejadian tidak diingini. “Mungkin ada anggap itu perkara biasa tapi saya pula lihat pengasuh ‘burn out’.

Jadi saya rasa kalau dia tidak boleh bekerja, tak perlulah bekerja dan dia boleh berehat,” katanya. Dalam pada itu, Wany mengakui disebabkan kejadian itu dia kerap bertukar-tukar pengasuh sehingga bertemu seseorang yang serasi menjaga anak perempuannya. Kata Wany, dia tidak akan bertolak ansur perkara membabitkan anaknya selain tidak mahu memaksa pengasuh bekerja jika tak mampu mengikut kehendaknya.

“Ada beberapa perkara saya tak boleh bertolak ansur seperti kalau mereka mempunyai penyakit kulit atau beri alasan tak boleh basuh baju. Macam mana? Saya pun tak mahu orang bekerja dalam keadaan terpaksa. Saya memahami dia manusia dan tak boleh senang-senang mengerah tenaganya,” jelasnya. Bagaimanapun kata Wany, dia lega apabila sudah bertemu dengan pengasuh yang serasi dengan anak perempuannya. Apatah lagi, tugas menjaga anaknya iaitu Aishah Al Iman turut dipantau oleh ibunya yang menetap bersamanya.

“Alhamdulillah sekarang ini memang sudah ada pengasuh tetap yang Aishah selesa. Saya bersyukur dan boleh bekerja dengan tenang sepanjang dua bulan ini,” kongsinya. Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai 2022.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version