Muat naik gambar pegang tangan masa cabut gigi, Watie dedah Shuib sebenarnya manja

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah menyifatkan suaminya sebagai seorang yang manja walaupun secara luarannya nampak garang. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah di Insta-Storynya, dia menemani insan tersayangnya itu untuk mencabut gigi di sebuah klinik. Dalam perkongsian itu, dapat dilihat Shuib memegang erat tangan Watie ketika prosedur cabutan telah berjaya tarik perhatian ramai di media sosial.

“Nampak je garang tapi sebenarnya manja kali! Isteri kalau tak teman sampai ke sudah gigi tu tak cabut,” katanya. Sekadar info, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarhamah Siti Sarah. Namun, penyanyi itu pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.

Shuib kemudiannya berkahwin dengan dengan Watie pada 23 Jun 2023. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version