Gembira dapat sambut ulangtahun kelahiran dengan 10 orang anak, Datuk Red hargai usaha Adira Suhaimi

Advertisements
Advertisements

Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-47 tahun. Menerusi hantaran di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu meluahkan rasa terharu terhadap Adira yang bersungguh-sungguh membuat persediaan sempena ulang tahun kelahirannya. Klik sini untuk lihat video.

“Terima kasih Adira menghabiskan wang, tenaga dan usaha untuk menjayakan hari kelahiran saya. Untuk Adira, saya sudah tiada kata-kata untuk awak.” Menurut Datuk Red, dia tidak menyangka dapat meraikan hari istimewa itu bersama kesemua cahaya matanya. “Saya gembira dapat kumpulkan 10 orang anak-anak saya dan berjumpa dengan adik beradik saya. Ia adalah nikmat yang lama saya impikan. Buat Adira, andai kita tidak ada jodoh dan usia saya singkat, saya doakan awak bahagia dan berjaya dengan anak-anak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak dengan ucapan Datuk Red kepada bekas isterinya itu. Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan kesejahteraan Datuk Red. Sekadar info, Datuk Red melepaskan Adira dengan talak satu pada 23 April 2024. Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian berpisah dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6 dan Ayob yang kini berusia tiga tahun. Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version