Pelakon Datin Intan Najuwa menjelaskan bahawa dia hanya menghargai usaha suami dalam urusan menguruskan anak perempuan mereka. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi Threads, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid dilihat memperbetulkan dakwaan daripada segelintir netizen yang mendakwa dirinya terlalu menunjuk kekayaan di media sosial.
“Korang, jangan marah-marah okay. Saya kongsi tentang babysitters itu sebab saya buat Q&A. Dan, sedikit momen untuk saya hargai apa yang suami lakukan. Bila kita berkata yang baik-baik, Insya-Allah kita tenang. Itu apa saya amalkan selama ini. Marilah kita baik dengan satu sama lain. Mari nikmati menjadi ibu dan hargai suami kita.”
Dalam pada itu, Intan sempat mengingatkan agar tidak membandingkan kehidupan dengan orang lain dan bersyukur dengan apa adanya. “Saya doakan semoga semua sentiasa dilimpahkan rezeki dan bahagia selalu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet akui Intan beruntung dianugerahkan suami yang mampu menyediakan kemudahan untuknya menguruskan anak. Selain itu, warganet turut tumpang gembira dengan rezeki yang dimilikinya.
Imbas kembali, Intan pernah berkongsi tentang kemudahan yang disediakan suaminya dengan menyediakan tiga pembantu dan jururawat khas untuk memantau pergerakan Lunara 24 jam. Dengan kemudahan itu, Intan kini akui lebih tenang dan tidak lagi tertekan menguruskan bayi sulungnya.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.