Bawa anak ziarah pusara isteri, tapi bila Mateen menangis buat ramai yang tersentuh hati

Advertisements
Advertisements

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu, berkongsi momen menyentuh hati ketika dia bersama anak-anak menziarahi pusara isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. “Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhammad, 41, meluahkan rasa syukur dapat meluangkan masa bersama anak-anak di pusara arwah. “Macam biasa sedekahkan Al Fatihah, bersihkan kubur sambil berborak-borak dengan si Dia. Bercerita tentang perkembangan baru anak-anak, cerita kehidupan dunia pada Dia.” Klik sini untuk lihat video.

Namun, apa yang lebih menyentuh hati adalah momen penuh emosi apabila anak ketiganya, Ariq Matin yang tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi pusara ibunya. Menurut Shuib, Matin adalah anak yang paling jarang menangis, sesuai dengan namanya yang membawa maksud ‘kuat’. Namun, dalam kunjungan kali ini, anak kecil itu akhirnya tidak dapat menyembunyikan rasa rindunya terhadap ibu tercinta.

“Semalam (Ahad) tiba-tiba jatuhnya air mata seorang Matin, mungkin bila dia dah makin besar, dia dah mula dan makin faham tentang “Rindu”. Dulu Ibunya pergi di saat dia usia 6 tahun, masa tu dialah bongsu, anak paling manja. Tak boleh jauh dengan Ibu, selalu berkepit dengan Ibu, tidur berpeluk dengan Ibu sampai macam nak termasuk dalam perut Ibu. Anak yang tak pernah kena bantai dengan Ibu. Anak terpaling manja dengan Ibu. Sekarang bila usianya 10 tahun, dia mula faham tentang banyak perkara.

Setelah lama daddynya tak menangis, jatuh jugalah air mata ini berjurai-jurai sebab ada yang mulakan. InsyaAllah, harap Ibu juga ada di saat kami menangis semalam.” Shuib turut menitipkan doa buat arwah isterinya serta berharap roh Siti Sarah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Untuk rekod, Allahyarham Siti Sarah mendirikan rumah tangga dengan pelawak popular Shuib pada 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni,  Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan. Pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum itu, arwah menjalani operasi melahirkan anak bongsunya ketika kandungan berusia lapan bulan. Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Shuib kemudian mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun tahun lalu di Putra Glass Heights. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version