Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime berkata dia membuat keputusan untuk mengambil bius tersebut kerana mahu mengelakkan trauma. “Saya sebenarnya induce sebab susah nak pantau pergerakan baby. Asyik datang hospital sebab panik baby tidak gerak tetapi semua adalah false alarm. Disebabkan itu, doktor cadangkan supaya induce. Saya tidak bersedia secara mental untuk lahirkan anak lebih awal. Klik sini untuk lihat video.

Lahir pakai epidural memang selesa, sakit rasa macam nak buang air besar sahaja.” Jelas isteri kepada Datuk Lokman Teh, meskipun dia mengambil epidural namun dia juga seperti wanita lain, dapat menikmati proses bersalin. “Alhamdulillah sebab tidak terlalu sakit, saya boleh mendengar arahan dengan tenang. Kalau ibu-ibu di luar sana pertama kali nak bersalin normal, epidural sangat-sangat penting untuk elakkan trauma dan koyak. Tiada istilah tidak dapat rasa nikmat beranak.”
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata berkongsi pengalaman melahirkan anak mereka selain mengecam tindakan pelakon tersebut dengan berkongsi mitos di sebalik pengambilan bius tersebut. Tidak hanya itu, sesetengah mereka juga turut mempersoalkan perut pelakon tersebut kerana dilihat tidak kempis selepas melahirkan anak.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.