Saiful Apek dedah Yassin bakal pulang ke tanah air sebelum Aidilfitri ni, terkejut tengok dia makin berisi

Advertisements
Advertisements

SEKIAN lama mengunci mulut, akhirnya pelawak Saiful Apek memberitahu sahabatnya iaitu Yassin bakal pulang ke tanah air sebelum Aidilfitri ini. Berkongsi perkara itu, Saiful atau mesra panggilan Saiful Apek, 56, berkata dia berani membuat pendedahan tersebut selepas diberikan keizinan daripada pihak keluarga Yassin. “Saya dimaklumkan oleh pihak keluarganya yang Yassin dalam keadan sihat dan bakal pulang sebelum Aidilfitri ini.

Kami sahabat ni memang tidak sabar untuk menunggu kepulangan Yassin ini dan akan jadi orang pertama sambut di lapangan terbang nanti. Atas keizinan keluarga juga sebab sebelum ini saya dan rakan-rakan lain mendiamkan diri bagi menghormati keputusan keluarga untuk tidak dedahkan,” kata Saiful. Apek memberitahu perkara itu sewaktu majlis berbuka puasa dan sidang media filem 6 Jilake pada Rabu.

Menurutnya, Yassin  ada menghubunginya sebelum bulan Ramadan menerusi panggilan video (Google Meet) dan terkejut melihat keadaannya sudah berubah yang semakin berisi. “Mula-mula dapat berita daripada Yassin melalui Voice Note tapi sekarang dia boleh video call saya guna Google Meet dan dapat la tengok daripada saiz S jadi ke saiz M. Harap-harap dapat jadi tahfiz la sebab dengarnya sudah khatam Al-Quran,” ujarnya.

Dalam pada itu Apek menafikan dakwaan Yassin ditahan di penjara sebaliknya memberitahu pelawak itu kini menjalani rawatan di pusat pemulihan yang dilengkapi pelbagai kemudahan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version