Bukan sahaja warganet, malah pelakon Sharnaaz Ahmad turut meluahkan rasa bimbang melihat keadaan usahawan Ridzuan Ridzokumura dan anaknya, Sky Taizo Okumura selepas pemergian insan tersayang. Menerusi komen yang ditinggalkan Sharnaaz menitipkan nasihat kepada Ridzuan agar untuk berhenti seketika membuat siaran langsung di laman sosial. Sharnaaz berharap Ridzuan juga mengambil masa untuk mengumpul semangat dan bangkit semula dengan lebih kuat selepas ini.
“Sangat setuju. Berhenti buat live. Bangkit semula abang. Orang yang simpati ini lebih kepada nak tahu cerita saja. Jadi, abang yang saya sayang, sayang awak berdua. Tapi tolong behenti buat live sekejap. Kumpul semangat dan ambillah masa lama pun. Dan kembali dengan lebih kuat,” kata Sharnaaz. Rata-rata warganet turut bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh pelakon filem Polis Evo 3 itu dan berharap Ridzuan dapat berehat seketika dari media sosial.
Semenjak pemergian isteri kepada Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura pada Jumaat lalu, kehidupan usahawan itu sentiasa menjadi perhatian warganet di laman sosial. Apa saja yang dikongsikan Ridzuan terutama berkaitan anak mereka iaitu Sky Taizo Okumura, 13 tahun yang kini masih terkesan dengan pemergian ibu tercinta juga mengundang pelbagai reaksi warganet. Ada yang turut berasa sebak dan sedih melihat keadaan emosi Sky yang masih belum stabil selepas kehilangan ibu tercinta.
Bagaimanapun terdapat segelintir warganet yang berharap Ridzuan memberi ruang kepada anak lelakinya untuk bersedih secara privasi tanpa menayangkannya di laman sosial. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.