Bila dah jadi ibu emosi mudah terganggu, Uqasha Senrose akui sensitif kalau pasal anak

Advertisements
Advertisements

SEBAGAI seorang ibu, pelakon Uqasha Senrose tidak akan berdiam diri jika ada bercakap perkara tidak baik melibatkan anaknya. Kata Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, berkata, perkara itu akan memberi kesan kepada emosinya sebagai seorang ibu. “Sebelum ini kalau gosip sendiri, saya hanya diam sahaja, tak pernah melenting. Cakaplah apa sahaja sebab ia akan berakhir. Tetapi bila fasal anak, ia sangat memberi kesan kepada saya. Ini anak pertama dan saya baru sahaja bergelar ibu,” katanya. 

Uqasha ditemui ketika majlis memasak dan agihan bubur lambuk anjuran penerbit A. Aida yang berlangsung di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya pada Isnin. Pelakon ini mengulas perkara itu selepas tular video dia berseloroh wajah anaknya Hawra Uqaira berbeza dengan wajahnya. Video tersebut menjadi bualan ramai sehingga timbul artikel dia meminta untuk melakukan ujian DNA (Asid deoksiribonukleik). 

Perkara tersebut kemudian membuatkan ramai salah faham tentang status anaknya. “Tak tahu kenapa ditulis begitu. Ramai ingatkan saya tak mengaku anak sendiri. Komen-komen pun banyak toksik. Orang tak tahu pun perbualan sebenar. Ia hanya gurauan saya bersama jurusolek dan pendandan rambut,” ujarnya. Pelakon ini juga berkongsi nasihat agar tidak terlalu cepat berkongsi berita tanpa mendapatkan kepastian. 

“Janganlah ambil sebahagian cerita sahaja yang boleh menimbulkan spekulasi,” jelasnya. Uqaira yang kini berusia 10 bulan merupakan hasil perkongsian hidup Uqasha bersama pelakon Kamal Adli.  Untuk rekod mereka mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version