Nampak mesra masa promosikan baju raya, Zizan jelaskan hubungan dengan Emma Maembong hanyalah sebagai rakan kerja

Advertisements
Advertisements

HASRAT peminat untuk melihat pelawak Zizan Razak dan pelakon Emma Maembong kembali menjalinkan hubungan cinta selepas kedua-dua mereka kelihatan mesra semasa mempromosikan pakaian raya nampaknya tidak kesampaian. Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 41, menjelaskan bahawa hubungan mereka hanyalah sebagai rakan sekerja dan masih belum terfikir untuk ke arah lain.

“Pada saya, keserasian dengan Emma memang nampak jelas. Kami memang ‘ngam’ dari sudut profesional dalam bekerja. Kami memang saling memahami. Memang rasa menggamit kenangan apa yang kami lalui dulu, tetapi kalau nak pergi ke arah lain itu tidak terfikir. Nak cakap mustahil itu tidak boleh, sebab saya bukanlah orang yang boleh menentukan masa depan,” katanya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version