Adira Suhaimi nafikan bila nama dipetik sebagai individu yang bercakaran dengan Datin Red

Advertisements
Advertisements

NAMANYA dipetik sebagai individu yang bercakaran dengan Datin Red iaitu bekas isteri pertama kepada usahawan Datuk Red, penyanyi Adira menafikan perkara tersebut. Kata Adira atau Siti Adira Suhaimi, 34, dia juga tidak mengetahui insiden yang dikongsikan Datin Red atau Sharifah Norshafila Hashim di Instastorynya itu. “Secara jujurnya, saya tak ambil tahu tetapi kalau berbalik kepada soalan tadi, apa yang pasti individu bercakaran dengan bekas madu bukan saya.

Saya tak rasa itu adalah saya, memang bukan saya. Kalau mahukan kepastian boleh tanya kepada tuan empunya badan,” katanya.  Adira memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert MeleTOP TVS di Bukit Jalil, pada Isnin.  Konsert tersebut dijadualkan bakal berlangsung di Stadium Tertutup Miri, Sarawak pada 17 Mei ini.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version