Tetap berpegang teguh dengan pendirian, Aliff Syukri akui tak pernah dedah aib keluarga di media sosial

Advertisements
Advertisements

Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri berpegang teguh kepada prinsip untuk tidak menyebarkan aib keluarga di media sosial. Menerusi video di TikTok, Aliff, 38, menegaskan dia sering menasihati adik-beradiknya terutamanya ibu untuk berkongsi masalah keluarga di media sosial. Hal ini kerana Aliff mahu mengelakkan aib keluarga diketahui umum. “Selama saya buat siaran langsung (live), saya tidak pernah ulas dan cerita apa pun yang berlaku berkenaan kehidupan peribadi keluarga saya.

Ini berkenaan dengan perkara tular baru-baru ini sebab ramai yang tag saya jadi saya nak beri ulasan. Saya sering menasihati dan berpesan kepada mak saya sekiranya berlaku konflik keluarga dan mempunyai masalah selesaikan antara kita jangan sampai viral. Bila dah tular, aib semua orang terbuka dan saya tidak suka dengan perkara itu.” Aliff berkata demikian ketika diminta untuk mengulas tentang rumah tangga ibunya, Rozita Ibrahim. Klik sini untuk lihat video.

Mengulas lebih lanjut, Aliff berkata walaupun dia mempunyai personaliti agak keterlaluan namun dia tidak pernah membuka pekung tentang keluarganya. “Saya nampak sahaja bodoh macam ni tetapi saya sangat menjaga keluarga saya. Saya tidak akan cerita aib keluarga. Apa yang saya boleh ulas keluarga saya baik-baik sahaja, kami bahagia, mak dan adik-beradik semua orang baik.

“Saya gembira dengan keluarga saya dan saya selalu berpesan jangan cerita aib keluarga.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version