Bell Ngasri akui kurang dapat tawaran berlakon lepas menang ABPBH yang ke 35

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Bell Ngasri mendedahkan kurang menerima tawaran lakonan untuk melakonkan naskhah air mata. Bell, dia sendiri tidak mengetahui apakah puncanya namun tetap berlapang dada dengan setiap bentuk rezeki yang diterimanya ketika ini. “Memang agak kurang tawaran lakonan tapi tidaklah terlalu beza sangat. Sejujurnya memang ada perasaan risau orang takut panggil saya selepas menang Anugerah Bintang Paling Popular ke-35.

“Tapi alhamdulillah saya masih bekerja untuk beberapa program. Mungkin hanya tawaran berlakon yang agak kurang. Mungkin juga tidak banyak jenis cerita yang pengarah nak buat atau sebagainya. Saya pun tak tahu (punca) tapi serahkan semua pada rezeki,” ujarnya. Bell berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan gala filem 6 Jilake bertempat di TGV, Mid Valley pada Rabu.

Bagaimanapun kata Bell, dia bersyukur kerana masih dihujani dengan pelbagai peluang pekerjaan lain termasuk pengacaraan dan kerja belakang tabir. “Tapi semua kena faham, saya ada banyak juga kerja-kerja lain, bukan berlakon semata-mata. Namun, alhamdulillah saya okey sahaja. Nak panggil silakan, kalau tak nak sudah. Saya tidaklah kecewa, sikit-sikit pun saya bersyukur sebab masa menang pun, bukannya hero yang berlambak dengan dengan drama atau filem.

Namun, saya tidak mahu ada rasa kekurangan atau sebagainya dan tetap bersyukur. Terima kasih juga kepada mereka yang terus menghargai hasil kerja saya,” jelasnya. Terdahulu, Bell sebelum ini pernah mendedahkan kurang mendapat tawaran lakonan tahun lalu namun enggan menjadikan kemenangannya pada ABP35 sebagai punca.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version