Tak pernah rasa sebahagia sekarang, Bonda Rozita dedah ada buat solat hajat sebelum terima lamaran suami

Advertisements
Advertisements

PERUBAHAN Rozita Ibrahim selepas kembali berumah tangga buat kali kelima menjadi perhatian ramai yang rata-rata perasan dengan sikap ceria usahawan sensasi itu. Tidak berselindung, Rozita atau mesra disapa Bonda Rozita, 61, mengakui dia kini dalam fasa bahagia yang tidak pernah dirasai sebelum ini. “Alhamdulillah, wallahi, saya tak pernah rasa sebahagia ini. Saya sangat rasa tenang walau apa pun orang dekat luar kata kerana saya yakin Allah ada,” luahnya.

Rozita berkongsi perkara itu selepas mendapat pujian pengikutnya tentang riak wajahnya yang terlihat bahagia semasa melakukan siaran langsung di TikTok. Berkongsi lebih lanjut, Rozita memberitahu dia tak mudah menerima lamaran daripada suami baharunya itu. Jelasnya, dia banyak berdoa selain melakukan solat istikharah dan solat hajat sebelum menerima lamaran tersebut.

“Jujurnya dia yang beria ajak saya kahwin. Saya buat solat istikarah setiap hari. Saya lakukan tiga kali solat istikharah, sekali solat hajat dan sekali Yasin Mubin. Saya berdoa wahai Allah sekiranya dia yang terbaik dekatkan, sekiranya dia bukan terbaik jauhkan. Lebih sebulan saya lakukan perkara itu,” ujarnya. Tidak hanya itu, Rozita juga pergi ke Tanah Suci Makkah melakukan umrah untuk mendapatkan jawapan lebih yakin serta bimbingan daripada guru-gurunya.

“Masa saya pergi umrah saya bertanya pada Allah saya nak kahwin atau tidak dengan dia, saya buat solat hajat setiap hari dekat Madinah dan dibimbang guru saya. Saya juga baca al-Quran secara rawak dan lakukan sebanyak tujuh kali dan jawapan berakhir dengan surah Ar-Rahman. Jadi guru-guru saya jelaskan maksud surah itu dan saya lalui saja,” kongsinya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial Rozita didakwa sudah berkahwin selepas sosok seorang lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika sedang mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel. Anak kepada Rozita iaitu Nur Ain Sufiah kemudiannya mengesahkan ibunya itu kembali bertemu jodoh namun enggan mendedahkan punca ibunya berpisah dengan bapanya iaitu Saiful Anuar Hashim.

Tidak lama selepas itu, Rozita secara terbuka berkongsi foto bersama suami baharunya di Instagram semasa menunaikan ibadah umrah pada Mac lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version